Almost 10 years I'm living at Kg.Baru dan dah bermacam-macam ragam keliling rumah I lihat dan dengar. Cuma nak share dengan you all al-kisah orang yang duduk ditingkat bawah rumah I.
Kisahnya tentang Encik Berlagak Kaya (BK). En.BK ini juga duduk menyewa sama dengan penyewa-penyewa di lot kawasan yang sama. Dia bukan sahaja menyewa rumah sebagai tempat tinggal tetapi juga membuka kedai bundle dan kedai makan. I memang sungguh tak puas hati dengan EN.BK dan juga bininya. I rasa bukan I sahaja, malah orang keliling pun sama berperasaan macam I juga, cuma mereka ini semua belum sampai tahap yang akan membuatkan En.BK dan bini juga anak-beranaknya keluar dari situ.
Kenapa kami semua tak puas hati? Ini semua disebabkan kedai makan yang En.BK buka dihalaman rumah yang juga merupakan ruangan keluar masuk rumah kami melalui tangga. Ingat lagi, 1 day adik lelaki I tak dapat parking disebabkan sepanjang jalan sudah penuh dengan kereta pelanggan parking makan di kedai makan bawah rumah kami ini. So my brother decided parking in-front of the restaurant. Dengan arrogant-nya, Tukang Masak keluar sound my brother "Oiii....jangan parking situ. Orang nak berniaga..!!" Cantik sungguh bahasa mereka.
Tapi kalau customer sendiri parking dihadapan kedai tak pula diorang marah. Bagaimana pula keadaan kami yang duduk ditingkat atas hendak keluar masuk rumah, tapi terhalang pula dengan meja-meja makan dan customer yang datang makan? En.BK tak pernah terfikir ke keadaan orang nak keluar masuk rumah? Oh ya, En.BK memang tak pernah terfikir, sebab dia pun selalu duduk dimeja makan yang berhadapan dengan tangga rumah kami.
Pernah 1 time I pulang rumah at 1.30am, dengan selambanya mereka letak meja dan menghalang terus laluan ketangga rumah. Terpaksalah dengan tulang yang beberapa kerat ini mengalihkan meja-meja itu. Tapi pekerja-pekerja En.BK hanya lihat sahaja.
Wahai En.BK, walaupun kamu yang paling tinggi membayar sewa rumah, ingatlah keadaan orang yang tinggal disekeliling En.BK. Sudahlah dari pagi kami keluar bekerja, balik pula susah nak dapat parking. Bila parking depan kedai, pandai pula pekerja En.BK bagi amaran pada kami dengan bahasa yang sangat cantik.
Apa yang kami boleh buat, hanya bersabar. Jangan sampai 1 day kami keluarkan taring baru En.BK rasakan.
Benci orang yang "JUAL-IKAN",
CikPetiteLady
Come Back
8 years ago



5 comments:
mmg dr dulu pon org kedai bwh umah ko ni cam gini.. aku mmg xsuke dorg pon... xper sbr jer la nk wat camne kan jiran ko gk :P
haha...tu la psl...wat to do....terpakse sabar je la...
lps ni ko pindah lar jauh2 sket... hehe
jauh sgt pon xbley fa....aku anak jati kl....hehe....
more specific...anak jati kampong baru...hehe
Post a Comment