Untuk merempuh setiap rintangan, kita diberi pelbagai pilihan. And you know each of the choices has pro and con. Ada diberi pilihan untuk memilih jalan pintas, tapi apakah memilih jalan pintas itu terbaik untuk kita? Sememangnya, manusia akan memilih jalan pintas yang pada mereka ianya jalan terbaik. Tetapi, memang naluri manusia kita takut untuk merempuh pilihan ke 2, iaitu pilihan laluan yang sukar.
Once you reached the top, apakah yang terjadi? Adakah kita berbangga? Ingatkah kita untuk bersyukur kepada-Nya? Jawapanya, ada pada diri masing-masing. Kadangkala, apabila kita berada diatas, kita lupa bagaimana keadaan kita suatu ketika berada dibawah. Bukannya tiada apa-apa lagi ujian yang perlu kita rempuh semasa diatas. Sebenarnya, bila berada diatas, ujiannya lebih hebat daripada perjalanan kita menuju keatas. Dan ketika itulah, masanya akan menentukan, bilakah kita akan jatuh tersungkur lagi kebawah? Dan apabila kita jatuh tersungkur, adakah kita akan berusaha kembali untuk naik keatas ataupun mencari kesalahan atau penyebab lagi mengapa kita terjatuh?
Secara ringkasnya, jangan kita meninggi diri dan bongkak dengan kemudahan yang kita nikmati. Dan apabila jatuh, tidak perlu mencari kesalahan dan menyalahkan orang lain. Cermin diri. Mungkin apabila depan cermin, kita sedar apa kesalahan sendiri yang kita lakukan.
Jangan sesekali cuba menjatuhkan maruah orang lain. Kerana, kita tidak tahu apa akibatnya. Dan jangan biarkan hati menjadi buta kerana bisikan parasit dalam diri. Akhirnya nanti, tiada siapa yang akan membantu diri kita kalau tidak diri sendiri.
Entry ini I tujukan kepada mereka-mereka yang selama ini cuba menjatuhkan maruah orang lain. Hentikanlah kerja kotor itu, kerana sebenarnya, kamu yang menjatuhkan maruah kamu sendiri.

Berdiam diri itu lebih baik,
CikPetiteLady.



0 comments:
Post a Comment